PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA

Siapa Pembimbing Rakan Sebaya

Pelajar yang dilatih dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran kaunseling.Berfungsi sebagai rakan berkesan,menjadi pendengar yang empati, berminat mengambil berat dan rela memberi pertolongan.

Rasional

  • Pengaruh orang dewasa berkurangan
  • Remaja selesa berbincang dengan rakan sebaya
  • Remaja berupaya mempengaruhi rakan sebaya
  • Remaja yang dilatih boleh memberi pertolongan lebih berkesan

Falsafah

Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain

Konsep

RAKAN BANTU RAKAN

Fungsi Pembimbing Rakan Sebaya

  1. Sumber tidak formal tempat rakan mencurah perasaan.Perkataan lain seperti rakan istimewa, tutor sebaya, abang dan kakak angkat.
  2. Pembantu kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling
  3. Pengumpul dan penyebar maklumat kerjaya, IPTA dan IPTS

Peranan Pembimbing Rakan Sebaya

  1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling
  2. Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah
  3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan
  4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain

Prinsip Pembimbing Rakan Sebaya

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Etika Pembimbing Rakan Sebaya

  1. Amanah dan menyimpan rahsia
  2. Fahami keupayaan diri
  3. Menerima rakan tanpa syarat
  4. Rujuk kes sukar kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling
  5. Lapor kes rosak diri
  6. Patuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat

Pembimbing Rakan Sebaya Mesti

  • Senyum selalu
  • Ucap Salam terlebih dahulu
  • Tegur dahulu / memulakan perbualan
  • Ziarahi rakan yang sakit
  • Tolong rakan yang kesempitan
  • Cuba penuhi undangan rakan
  • Ucap selamat hari lahir
  • Sering beri kata-kata semangat
  • Doakan kejayaan rakan
  • Saling hormat menghormati
  • Seorang individu yang memainkan peranan untuk membantu rakan sebaya