Siapa Pembimbing Rakan Sebaya
Pelajar yang dilatih dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran kaunseling.Berfungsi sebagai rakan berkesan,menjadi pendengar yang empati, berminat mengambil berat dan rela memberi pertolongan.
Rasional
- Pengaruh orang dewasa berkurangan
- Remaja selesa berbincang dengan rakan sebaya
- Remaja berupaya mempengaruhi rakan sebaya
- Remaja yang dilatih boleh memberi pertolongan lebih berkesan
Fungsi Pembimbing Rakan Sebaya
- Sumber tidak formal tempat rakan mencurah perasaan.Perkataan lain seperti rakan istimewa, tutor sebaya, abang dan kakak angkat.
- Pembantu kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling
- Pengumpul dan penyebar maklumat kerjaya, IPTA dan IPTS
Peranan Pembimbing Rakan Sebaya
- Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling
- Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah
- Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan
- Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain
Prinsip Pembimbing Rakan Sebaya
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
Etika Pembimbing Rakan Sebaya
- Amanah dan menyimpan rahsia
- Fahami keupayaan diri
- Menerima rakan tanpa syarat
- Rujuk kes sukar kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling
- Lapor kes rosak diri
- Patuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat
Pembimbing Rakan Sebaya Mesti
- Senyum selalu
- Ucap Salam terlebih dahulu
- Tegur dahulu / memulakan perbualan
- Ziarahi rakan yang sakit
- Tolong rakan yang kesempitan
- Cuba penuhi undangan rakan
- Ucap selamat hari lahir
- Sering beri kata-kata semangat
- Doakan kejayaan rakan
- Saling hormat menghormati
- Seorang individu yang memainkan peranan untuk membantu rakan sebaya
Subscribe to:
Posts (Atom)